Friday 29 November 2013

Pengalaman membuat lilin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari rabu yang lalu, persamaan  27 November 2013, aku telah membuat lilin. hehe. Seoronok jugalah buat lilin time tu. Actually, ini sebahagian  aktiviti daripada program cutisekolah teencircle.Lilin ni aku buat bersama dengan kumpulan. Nak tahu resipi membuat lilin? meh aku cerita.

                                               1.Masukkan dan panaskan minyak masak terpakai.


2. Masukkan ejen pengeras. Kacau hingga sebati. Untuk membeli pengeras minyak, korang tak boleh beli kedai. Korang kena beli daripada majlis pembandaran tempat korang.sorrylah kalau gambar tak cantik.


3. Untuk seterusnya, ini tak penting lah, tapi kalau nak lilin korang wangi, buat lah. Korang boleh masukkan minyak wangi . WARNING! kalau korang masukkan minyak, TOLONG tutup api please, kalau tak ini jadinya!


4. Masukkan ke dalam acuan.


5. Masukkan sumbu sebelum lilin mengeras.


6. Lilin akan mengeras sepenuhnya lebih kurang 1-3 jam. korang, Jangan jemur di tempat panas. nanti tak jadi.


ok,  ini antara gambar proses  membuat lilin.



ok,  ketika membuat lilin, FC bagi kitaorang minum. memang sedap minuman tu.


inilah hasilnya. tapi ini daripada kumpulan lain lah.






Kalau korang guna acuan jenis macam cawan, memang lilin tu tak boleh tanggal. Tapi kalau korang guna jenis macam acuan kuih, korang boleh tanggalkan lilin tu.

Inilah kumpulan aku. Comel tak?


.habis daa post aku kali ni. untuk penghujung, aku sertakan gambar kucing aku.


Follow me if want to read more stories about me. Bye2

No comments :

Post a Comment