Sunday 6 July 2014

My Favourite Footballer


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Post kali ni aku nak cerita fasal fifa ni lah...haha. about my fovaourite footballer.belum terlambat lagi bukan?Ok, let the countdown begin!

                    10. Luis Suarez


Kenapa dia? mungkin lah sebab dia hensem. hahah.Dia ni suka buat hal. aku rasa semua tahu kot yg ni, Pemain dari Uruguay ni tengah menerima hukuman sebab mengigit pemain dari Italy. Maybe sebab dia lapar tahap kritikal kot. Dia memang suka buat hal, then mukanya pula muka tak bersalah.. itu yg aku suka dengan dia tu.

9. Wayne Rooney


Pemain dari England ni, memang pro. aku akui. Dia sahaja harapan England. Tanpa dia, maybe England tak de dalam Fifa tahun ni. Pemain England lain hampeh secara jujurnya.

8.  Keisuke Honda


Aku suka dai, maybe sebab dia pemain Jepun yang mewakili Asia.Dia lah pemain pertama yg aku kenal dalam team Jepun. Dia memang pro. Tapi macam biasalah. We need good  teamates.

7. Koo Ja-Cheol


Nama pun dah tahu bukan? Yang dia dari Korea Selantan. Dia kapten.Aku kenal dia pun sebab dia jadi tetamu running man bersama Park Ji Sung. Mula-mlua aku tak tahu dia masuk fifa. Satu hati, tgh tngok highlight ke match. Negara mana lawan korea aku tak ingat. Algeria kot tak silap aku. Dia jaringkan GOL. wahh, terus aku suka dia. Dia hebat rupanya.

6. Lionel Messi


Perrghhhh, dia ni? Gila pro.aku pun terkejut tgk dia main. cara yg susah pun dia boleh gol kan. Jerman kalau nak menang, kena sekat si messi ni. Go Jerman! sekat Messi! BTW , dia ada anak, nama nya Thiago Messi. Comel betul anaknya. Geram aku.

5. Chritiano Ronaldo


kapten pasukan Portugal ni memang hebat. Dia membela palestine tau! Back to the topic, dia kan pemain bola no 1? ( tak silap aku lah), mesti dia pro kan? dia memang hebat. tapi, team arghhh!!!KENAPA USA MASUK 16 TERBAIK BUKAN PORTUGAL?( marah betul aku)

4.Robin Van Persie


Dia kapen pasukan Netherland. hal ni pun baru aku tahu. Dia Islam tau. dia kahwin dengan perempuan morocco. dia pro. Team dia pun pro. Pasukan Belanda memang kuat.

3. Karim Benzema


Dia juga Islam.Dia dari pasukan Perancis. Aku gentar juga bila Jerman lawan Perancis hari tu. Dia hebat tau. Banyak kali dia hampir berjaya menjaringkan gol. nasib baik HAMPIR jer.

2. Thomas Muller


Hensem kan? LOLOLOLOL. Dia dari pasukan Jerman. Dia baru pulih dari kecederaan yang dia dapat time lawan Ghana. Dia penyerang yang hebat tuhh. Jangan main-main.

1. Mesut Ozil


Gambar ni sengaja aku besarkan. dia ni islam tau! dia penyerang tengah team Jerman. YEAH! I LOVE JERMAN. dia ni hensem juga. I LOVE HIM. Doakanlah aku dapat berjumpa dengannya. Tolonglah, nak sangat jumpa dia.

ok , daripada countdown tadi, mesti korang tahu aku sokong pasukan Jerman kan? siapa penyokong Jerman, kita geng.

Follow my blog if wanna read more stories about me

Bye!