Monday 9 December 2013

Lawatan ke PPAS

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Post kali ni aku nak ceritakan salahsatu program teencircle. Melawat Penbandaran Perpustakaan  Awam Selangor(PPAS).PPAS ni dekat Shah Alam. Memang best! Bagus untuk dijadikan tempat lepak berbanding cybercafe. Apa? Perpustakaan bosan? WAIT! Kalau korang datang PPAS, tangapan korang terhadap perpustakaan memang akan berubah. PPAS ni ada CC, CYBERCAFE! 1 jam seringgit, murah je kan? berbanding cc, 1 jam 2 ringgit. BUKAN TU JER, PPAS ni juga ada GIMNASIUM dan lain2! tempat sukan tu! tapi fasal caj gym ni, tak tahulah berapa, tapi kalau nak jurulatih peribadi, caj mahal sikit.

Setelah panjang lebar aku menulis intro, janagna buang masa lagi, aku korang baca lawantan aku ni. Semua peserta TeenCircle berkumpul di masjid jam 8.30 pagi. Then, bertolak ke PPAS jam 10 pagi. Sebelum bas turunkan kami, aku ada ambil gamabr satu poster ni, bukan apa, menarik kartunnya tu. HaHa!


Then, bas turunkan kami BETUL2 di depan pintu masuk PPAS. cantik jugalah!


Selepas masuk, Adalah Pustakawan PPAS ni bawa kitorang ke satu tempat. Actually, tempat tu macam panggung wayang, seriusly.


Bermulalah penerangan . Time ni, aku baru faham kenapa ada CC, ada gimnasium dan lain2. Rupa-rupanya nak mengalakkan Para Remaja macam aku ni, (remaja ke? :P) untuk melepak di perpustakaan. Objectif sebenar PPAS ni, untuk menjadikan perpustakkan rumah kedua DAN membantu kerajaan untuk megurangkan kadar jenayah. Time ni aku rasa hmm macam menarik jer macam menarik jer. LOL.

Ok! selepas penerangan, kitorang pergi ke XD THATHER. Menarik!. pustakawan cakap, kerusi dia bergerak 400 gerakan dalam sesaat. HEBAT TU! ni, aku ada ambil gambar dengan kumpulan aku sekali di poster senarai cerita.


kitorang ada pakai cermin mata khas yg dorang bagi. Ada ambil gambar tapi lupa nak blutooth daripada kawan.sekali tayangan 8 orang boleh tenogk, Tapi ada 2 kerusi sedang in maintenece, jadi 6 orang jer lah sekali tayangan.Time giliran kitorang untuk menonton, AKU lah yang jerit paling kuat dan banyak. SERIUS, aku takut gila. susap susap, kereta lumba tu bergerak laju dan lincah. aku tertanya-tanya, macam mana lah pemandu ni bawa kereta tu. LOL.

Then, kitorang dibenarkan bergerak bebas. masksudnya sukahatilah nak pergi mana asalkan dalam kumpulan. wahhhh!!! time ni, semua kumpula diminta membuat tugasan yg diberikan sebelum bertolak lagi. So, tugasan yg kitorang buat, ambil buat sinopsis tentang buku yg kita baca yg bergenre bla...bla...bla. 
Genre yg kumpula aku dapat ialah sains fiksyen. WHAT?  susah tu. bukan senang nak cari sains fiksyen.

Btw, aku lupa nak cakap tadi untuk masuk ke ruang bacaan, korang kena buka kasut. Itu arahan. so, terpaksalah kaki ayam. Nasib pakai stoking..


Time cari buku tu, ternampak lah sebuah kerusi yg menarik perhatian aku. Kerusi ni buat aku rasa LIKE A BOSS.


Ni dekat tingkat 2. BTW PPAS ni ada 4 tingkat. Tapi  kumpulan aku cari di tingkat 2 sahaja. Setelah jumpa buku, kitorang buat tugasan seterusnya, tangkap gambar dengan buku dicari.


aku pun tak ingat lah, bincang sinopsis dulu ke ambil gambar atas ni dulu? OH WHAT EVER. Di tingkat 2, korang boleh nampak ada cafeteria. aku tengok, Macam ramai jer, Macam ramai jer. Bukan tu jer, sini juga, korang boleh nampak tasik. Tasik ti nati aku tunjukkan gambar.


Untuk CC, korang boleh nampak setiap kali korang masuk ruang bacaan.


Then, kitorang buat tugasan seterusnya, iaitu menangkap gambar di kaunter pinjaman,


Terselindung pulak kaunternya  tu, hehehe! Habis tu, kitorang pergilah ke Zon Kreatif. Nak jumpa FC kumpulan kitorang. FC kitorang tak ikut sebab nak jaga baby. Baby tidak deibenarkan sesama sekali naik ke tingkat 2 dan keastas. Kanak2 10 tahun kebawah hanya dibenarkan di Zon Kreatif sahaja.Ohh ya, dalam penerangan pustakwan tadi, ada cakap fasal budak2 ni, suka baca dibawah sebatang pokok palsu di tengah2 rungan zon kreatif. Ni dia!


Selesai, kitrang tuju ke cafeteria sebab perut pun dah teruk 'menyayi'. Aku tak beli makanan, aku cuma makan bekalan yang aku bawa dari rumah. Di cafe juga, ada  fruity tutti. Tak rasa pun. Tak de mood nak makan fruity tutti. Tak tahu kenapa.

Actually, dalam perjalanan ke cafe, korang akan nampak tasik yang catik. Indah mata memandang. wahh,  NICE! tapi aku ambil time keluar cafe.


Selepas berjaya memujuk perut sepaya berhenti 'menyayi', kitorang terus menuju ke surau untuk menunaikan solat zohor. Kemudian terus pergi ke zon kreatif , lepak dengan fc sementara menunggu bas. Ahli kumpulan lain suruh aku baca sebuah buku ni, aku bacalah di ruangan pokok palsu yg aku tunjuk tadi. Time baca buku, Ramai betul budak2 main kat situ. Kebanyakkannya main kejar-kejar.haha. Aku pun teruslah membaca. Pedulikan jer lah budak2 tu. Time aku baca tulah bas datang jemput. Geram pulak! tengah syok tuh!

Terpaksalah tinggalkan buku tu daripada aku kena tinggal bas.hmmmm. puas tak baca post ni? srylah kalau tak puas lagi sebab sampai sini post kali. Sebagai ending aku sertakan gambar kucing sepupu aku yang paling GEBU aku tengok sepanjang hidup aku.


Follow me If want to read more stories about me! Bye-bye!