Monday 19 August 2013

Dehidrasi Kulit

Assalamualaikum...

Post kali ni aku nak menceritakan tentang Cara untuk mengelak kulit kering.Maklumat ni dah lama tertampal di peti sejuk aku!haha....baru sekarang aku terfikir nak tulis tentang tu.Mungkin berguna untuk korang.Baiklah,kita mulakan.



1.Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.Jika cuaca benar-benar panas,anda perlu minum lebih dari itu.

2.Makan makanan yang berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.


3.Elakkan makan makan kanji, gula, makanan ringan , makan bergoreng dan kerepek kentang secara berlebihan.
Makan sikit-sikit tahu!!!!



4.Elakkan pengambilan alkohol dan rokok.


5.Elakkan berada di tempat berhawa dingin dalam jangka masa panjang.Ini kerana penyaman udara menyebabkan udara kering.Ia memberi kesan kepada tubuh anda.


6.Basuh muka tidak lebih daripada 2 kali sehari dengan pembersih muka.


7.Cuba mengetahui masalah kulit muka anda. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan kulit.


8.Tekap muka anda dengan tuala bersih secara perlahan-lahan selepas mencuci muka. Elakkan mengosok muka kerana ia meninggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit anda.


Amacam?maklumat ni berguna tak?Kalau korang dah try tips ni nanti komen dekat post ni ya!apa hasilnya.oklah bye-bye!




Friday 16 August 2013

Criminal Case

Assalamualaikum...

Post kali ni aku nak ceritakan tentang sebuah game di facebook.Yup, Criminal Case.Apa kata korang main huga game memang best.Dan aku telah sampai Case 4.


Pedulikan kan ya yg bahagian kanan tu.HeHe!Ok,balik kepada topik.hmm.....cara main dia.Kita kena pilih scene untuk bermain.Asasnya ialah cari benda. Dia bagi nama barang yg dicari.Then, faham-fahamlah kena cari.Pastu dapat Star kalau 1 satu start tu penuh.Ni gambar scene dalam case 4.


gambar ni pula ketika aku sedang bermain Criminal Case.

ketika aku main, aku lebih selesa kalu pakai full screen.menarik bukan?er....gambar kat bawah ni,seperti biasa abaikan bhgn kanan.lupa nak full screen.kalau kita dah habis mencari barang,keluarlah gamabr kat bawah ni di kaca komputer korang.



Aiii....sikitnya,lama lagi lah nak dapat bintang.Ohh ya!tak best lah kan main game tanpa misi bukan?tekan jee tablet.nnti keluarlah misi korang.ni misi aku.



Abaikan bhgn kanan.Jadi,korang lihat kan?misi aku ialah unlock chapter 2.Misi tu perlukan 2 starr.Jadi,korang tahukan fungsi star ni?Untuk misi.Alamak....lupa pula!srylah ya.ni gambar avatar aku.


Amacam?hebat tak?hmm...Criminal Case ada upgrade satu benda.ADA PETS.Time aku start main ni, TAKDE PUN PETS.Walaupun anjing hodoh, tetap aku nak!


Untuk dapatkan ulock kedai anjing,kenalah tambah 2 gold medal.Gold medal tu apa?korang mainlah game ni baru korang tahu.Then,kalau ada jumpa bukti, kenalah examine dulu.Kalau nak examine barang atau nak tngok yg diExamine kan dalan kes ni.Tekan forensik kit.butang ada kat bawah.

Forensik Kit

Lepas bukti dah di examine,kalau perlukan laporan forensik seperti cap jari,DNA, atau sebagainya.boleh dihantar kepada Laboratory.

Laboratory

HMM..seperti dalam tv ataupun siasatan realiti,Mestilah ada suspek.Baru menarik.


yg orang korang tahulah kan.tp yg bawah uh ada rambuh merah,L,skull.tu sume bukti.Bukti tu telah diperkukuhkan degan examine dan laporan Laboratory.Daripada ni.korang pasti syak apa yg aku syak tentang pembunuh.Perempuan rambut merah bukan?Tentang dia kidal ataupun tidak,Perempuan rambut merah belum tahu lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang game ni,Boleh layari https://www.facebook.com/CriminalCaseGame?fref=ts.
Disitu boleh claim reward.hari2 pasti ada reward baru.

Tujelah post kali.Bye2
  



Tuesday 13 August 2013

Diari 1 Syawal

Assalamualaikum...

Baiklah,aku akan mulakan dengan malam sebelum raya.Memamg SYOK!!!.Sepupu aku main mercun dan bunga api.FUHHH....kuat betul bunyi mercun yg dorang main.Aku tengok jee.Aku tak main mercun.Takut!.Yalah,mercun kan bahaya.Aku tukang tengaok jee.Tapi,walaupapun,mercun memang cantik.



Nilah suasananya!Ni mercun apa?aku pun tak tahu.YANG PALING AKU TAK SANGKA!Sepupu ku beli mercun merdeka!tak sangka kan?ni buktinya


Cantik bukan?Motif dorang bakar mercun ni sebab nak berganding dengan penduduk kampung lain yg bakar mercun ni.Dorang ingat sepupu aku tak de?sekali bakar amik kau!Kami main dari pukul 9 hingga 10 lebih.Dan kesan daripada tu,INI DIA!ASAP!


Nampak tak?Harap korang nampak.

Esok paginya!Family aku bersiap-siap!bersiap dngan memask.Tapi,setiap kai raya,Kampung aku pasti ada krisis air.Nasi baik aku mandi awal.Malam sebelum raya tu!aku tidur pukul 3 pagi.Lambat kan?Family aku start raya lambat sikit.Pukul 10 pagi.Ni penampilan aku ketika raya.


Pendek kan aku?bawah 140 cm.MACAM TAK PERCAYA JE AKU 14 TAHUN.berbeza dengan abang aku.


Beza bukan?Bagai langit dan bumi.

Raya family aku start pukul 10 pagi.Dimulakan dengan acara bersalam-salaman.Lepas tu,bergambar kejap.Mula-mula,gambar  family.Ni family aku.


aku,mak,nenek,ayah dah abang.Small je kan family aku?adik beradik mak aku yg lain besar jerr family.Kecuali 2 terakhir.Pak Uda dan Mak cu.2 anak jee.Lepas gambar family,gambar suka-suka lah!

Lepas sesi bergambar,Mulalah Family aku beraya at rumah orang lain.Dimulakan dengan rumah adik kepada nenek aku.Kami panggil Wan Muda.Alhamdulilah,Dia nampak lebih berbanding dulu.Dia sakit kanser payudara.Maaflah tak de gambar time beraya.

Lepas beraya rumah Wan Muda,Raya lah lagi rumah orang lain.Sampailah pukul 4.Balik rumah jap untuk Solat.Then aku ikutlah mak saudara beraya.Syok dapar duit raya!Berapa banyak rumah entah?Sampailah lewat petang.Dalam kalangan pukul 6 petang.Ni antara makanan yg dibawa pulang,

Kek Batik!!
Malam tu,tak raya mana2.Penat.Malam tu juga,Ada acara teka bilangan gula-gula!Aku teka sebanyak 186 biji.AKU KALAH DAHH.no 9.HAMIRR JEE.Kalau tambah lagi 10 aku dah menang.Dalam balang tu ada 175 biji gula.Dan sepupu aku,si juara Teka dengan tepat.175.ni orang nya!

Bukan gambar raya!
Tahun lepas abang dia menang.Aku jealous betul.Abang dia dah menang tahun lepas,Bagilah orang pula!hmmm...apa boleh buat.No 2  Pak Uda,No 3 sepupu aku, Kak Intan.Berapa dorang teka aku tak ingat!Malam tu aku tidur pukul 1 lebih ke 2  lebih.ENTAHLAH,aku tak ingat.ni jelah raya pertama aku.Oklah,BYE!penat jari aku menaip.


Saturday 3 August 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...

Minggu depan dah raya?korang apa cer?dah beli ke pakaian raya?kuih mak masak ke atau beli?ARRR!!nak sedih atau gembira ya?entah lah,yang penting bersyukur dapat merasa raya lagi tahun ni.

tak tahulah nak tulis apa tahun ni!aku harap raya tahun ni lebih meriah daripada tahun lepas!lagi satu,aku juga berharap agar semua puasa diterima Allah.bagi korang yg tak penuh tu,cepat-cepat lah ganti. Lagi apa ya?yang kat bawah ni....lagu yg aku paling.
  

                                    

lagu ni pun best juga.Jom dengar sama-sama.

  
Jom dengar lagu yg paling popular pada hari raya.

                                     

Selamat hari Raya semua!Harap korang best dengan raya tahun ni.ha!!!!lupa nak bagitahu. Tahun ni aku balik kampung dekat negeri 9.BTW.....jangan main mercun selalu.Bahaya!Moga korang dapat duit Raya BANYAK-BANYAK!maal salamah.See ya!