Saturday 29 June 2013

Kes Dirang


    Ini adalah iklan tentang artikal Kes pembuhuhan Dirangdi Harian Metro.Aku hairan dengan manusia sekarang.Ada juga yang lagi teruk daripada haiwan.Budak 4 tahun pun nak dibunuh.Suka sangat ke bunuh orang?Suka ke masuk penjara?Dulu Nurin Jazlin,mayatnya dijumpai dalam beg.Then, Sharlinie,sampai sekarang tak jumpa.SEKARANG,Dirang!semua mangsa tu hanyalah orang yg tidak bersalah.mentah,tak tahu apa-apa lagi.Janganlah pentingkan diri sendiri.Ini semua berlaku sebab kurang agama dalam hati.
   OK!back to the topic,Kes ni bermula apabila Dirang hilan pada mac tahun lepas.Ketika dia keluar membeli mi segera dan telur.Bagi saya,kalau maknya ada sekali time tu.taklah dia hilang dan dibunuh.Mayatnya dibakar selepas dibunuh.Yang ni sama dengan kes Sosilawati.Alaa.....jutaan kosmetik tu.Ingat lagi tak?Mayat dia pun dibakar.Seingat sayalah kan.Antara suspek kes Dirang ni ialah ayahnya sendiri.Saya pun terperanjatlah juga.Ada ke bapa yg sangup bunuh anak sendiri?Kemudian kita dapat tahu yg ayahnya terlepas saripada suspek.
   DAN.....pada semalam iaitu 28 Jun 2013,Mahkamah telah memberi hukuman kepada pesalah iaitu Muidin Maidin lelaki yg dalam gambar di atas.Baiklah,daripda kes ni,kita semua akan ambil pengajaran.Banyak pengajaran daripada kes ni sebenarnya.Jadi,sucikan hati kita ni.Jangan pernah rasa yg kita ni dah baik.Hanya ALLAH saja yg tahu hal tu.k lah.penat saya type.Bye2

Friday 28 June 2013

Dont walk, Run!

Annyeong-Haseyo!haha tetiba saya cakap bahasa korea pula.Seperti korang tahu,tajuk post ni merupakan slogan Running man!!Malam ni,jam 11.50 malam si saluran one HD(393).Pasti korang enjoy tengok cerita ni.Selepas running man,ada rofftop prince.Rasanya hari ni episode terakhir cerita tu.Tapi aku terlepas petang tadi,jadi nak tengok ulangan cerita pada lepas running man.Goodnight!Have a nice day tommorow!

Thursday 27 June 2013

Jerebu

Alhamdulilah,jerebu semakin reda selepas beberapa hari.Saya duduk dekat Klang...tempat paling teruk dua hari.400+.sekarang rasanya 88.Punca jerebu,untuk pengetahuan korang,daripada pembakaran hutan di Sumatera,Indonesia.Bukan salah dorang punca jerebu ni.Kalau korang nak tahu lagi dekat Singapura 700+bersyukur lah yg kita duduk dekat Malaysia.Kalau Singapura dah macam tu, agaknya Sumatera berapa ya?ADOII!!!pening kepala..Anyway,esok ada Running man...JANGAN LUPA TENGOK!!!!ok,chow dulu, BYE2

Monday 17 June 2013

Isnin

isnin ni tak delah annoying sngat.Hari pertama sekolah dalam seminggu.Tak sabar nak tungguJumaat ni, Ada running man.HAHA.Oklah, chow dulu bye!

Friday 14 June 2013

Tajuk cerita

apa kata, korang bagi tajuk cerita, then kita buat dia punya cerita.Saya akan pilih tajuk cerita yang menarik.

Pengalaman

apa pengalaman manis korang?Yang paling manis sekali.Kalu aku,time melancong lah.Time tu 2009,aku darjah 4.pergi genting highland.pergi sumah salji,main fan fair.best.memang best,jadi apa pengalaman manis korang pula?

Wednesday 12 June 2013

Impian Nik

         ''Penatnya.'',Nik mengeluh sendirian di rumahnya.
         Nik duduk di atas sofa ungu yang empuk.Memang sesuai untuk melepaskan lelah.Tiba-tiba, dia terkenang akan memori lama.Memori yang membantunya menjadi seorang usahawan yang berjaya dan terkemuka.Ketika itu umurnya 16 tahun,
                                                               ....
         Pagi Isnin yang sunyi sepi di kelas 4 Sentosa.Nik begitu hairan akan keadaan yang jangkal sekali untuk berlaku.Semua murid-murid termenung.Nik tidak mahu tertanya tanya lagi.Lantas, dia memberikan soalan  kepada yang duduk disebelahnya,Umairah.
         ''Apa yang berlaku sebenarnya?'',tanya Nik
         ''Awak tak ingat?Hari Jumaat yang lalu, guru Bahasa Melayu kita,Puan Shahida berkata yang beliau akan menanyakan kita tentang cita-cita kita hari ini.','jawab Umairah.
         ''Baru saya ingat!Aduh,bagaimana ni!Saya masih lagi tidak tahu hendak menjadi apabila besar nanti?Peningnya kepala saya!'',balas Nik.
         ''Saya fikirkan,saya hendak menjadi seorang juruaudit.Tentu seronok kalau saya memegang duit kan?''maklum Umairah.
         ''Berdiri semua,Selamat pagi Cikgu!'',Tiba-tiba kedengaran laungan ketua kelas.
         ''Selamat pagi Cikgu!'',semua pelajat bersuara.
         ''Baiklah, silakan duduk,semua.'',pelawa Puan Nurul yang mengajarkan matapelajaran Fizik.
                                                                ....
         Suasana yang sepi pagi tadi bertukar menjadi bising.Semua risau kerana Puan Shahida akan masuk ke kelas sebentar lagi.
         ''Apa kita harus buat sekarang?'',keluh Umairah
         ''Janganlah tanya saya!'',Jawab Nik.
         ''Berdiri semua!Salam sejahtera cikgu!'',laungan ketuas kedengaran lagi.
         ''Salam sejahtera cikgu!'' ,pelajar lain megikutinya
         ''Silakan duduk, semua!Baiklah!Seperti yang janjikan pada Jumaat yang lalu, kamu semau akan menceritakan tentang cita-cita kamu.Kita mulakan dengan Arman.'',kata-kata permulaan yang diucapkan oleh Puan Shahida.
         Dengan langkah yang perlahan dan penuh risau, Arman menuju ke hadapan kelas.Sesampainya dia di hadapan kelas, dia membisu ketakutan.Bukan takut akan malu, tapi takut akan dimarahi gurunya.
         ''Kamu kenapa Arman?Jangan cakap yang kamu tidak tidak tahu hendak menjadi apa apabila kamu nanti'',tiba-tiba Puan Shahida mengeluarkan semuarnya.
         ''Itu betul cikgu,maafkan saya'',sesal Arman.
         ''Tak mengapalah,Arman, silakan duduk, kita teruskan dengan Nik pula.'',balas Puan Shahida.
         ''Baik,cikgu'',kata Nik yang ketakutan
         ''TING!TING!'',kedengaran deringan telefon yang kuat.
         Puan Shahida segera menjawab panggilan.Seminit kemudian, panggilan Puan Shahida dihentikan.Beliau segera meminta diri kepada anak muridnya kerana perlu menghadiri mesyuarat yang penting.Semua pelajar mengambil nafas lega.
                                                               ....
         Petang itu, Nik sedang termenung sendirian.Memikirkan apa yang hendak diberitahu esok kepada cikgunya.Apakah cita-citanya?Adakah dia tidak mempunyai matlamat hidup?1001 soalan berada dalam fikiran Nik.Pada masa yang sama, Ibunya memasuki biliknya.
         ''Termenung jauh nampaknya anak mak ni?'',sapa ibunya
         '' Bukan apa mak, cuma fikirkan cita-cita Nik.'',balas Nik.
         ''Apa yang kamu suka?''
         ''Makan kek yang mak masak?''
         ''Kamu minat tak untuk berniaga?''
         ''Minat.''
         ''Kenapa kamu tak mahu menjadi seorang usahawan kek?
         Nik begitu gembira mendapat bantuan ibunya.Mengapa dia tidak memikirkan dari dulu lagi?
Dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya.Dia tidak sabar untuk menanti esok.Tidak sabar untuk menceritakan yang dia mahu menjadi seorang Usahawan.
                                                                ....
         Pada esok paginya, Nik tersenyum riang.Dia masih lagi tidak sabar untuk menceritakan kepada kawannya.Puan Shahida memasuki kelasnya.Nik mengangkat tangan untuk menawarkan diri untuk bercerita lantas Puan Shahida memberinya peluang.Pada akhir persembahannya,dia diberi tepukan yang amat mengalakkan.Tepukan itu memberinya kenyakinan yang dia mahu menjadi seorang Usahawan yang berjaya.
                                                               ....
         Tiba-tiba Nik tersedar dari ingatan itu.Dia sangat bersyukur yanng dia telah menemui cita-citanya.Semuanya atas bantuan ibunya, dan Puan Shahida.Beberapa minit kemudian, dia bergegas untuk tidur.Dia begitu mengantuk dan penat.Tetapi dia masih lagi menghubungi ibunya dan Puan Shahida untuk mengucapkan terima kasih.Bukan kerana mereka,siapalah dia.
       
       

Monday 10 June 2013

Peristiwa Di Semesta 2

     ''Sekarang dah masuk semesta 2 lah'' rungut Amirah yang berumur 15 tahun sendirian di bilik tidurnya pada pagi sabtu yang indah.
     Seketika kemudian,kendegaran bunyi ketukan pintu yang memecahkan kesunyian di bilik Amirah.
     ''Siapa? tanya Amirah.
     ''Ini ibulah".Rupa-rupanya Puan Umi yang mengetuk pintu bilik Amirah yang berwarna hitam itu.
     ''Ingatkan Sofealah tadi...Ibu,jemputlah masuk!''Amirah menjemput ibunya dengan layanan yang mesra untuk masuk ke biliknya.
     ''Kawan kamu tu,Shikah ajak kamu bermain di taman permainan.Ibu rasa elok juga kamu keluar rumah pada waktu pagi macam ini.'' kata Puan Umi
     Amirah menjawab ''Baiklah ibu,katakan pada dia saya tengah bersiap.Sebentar lagi saya turun''
                                                                   ....
     Setibanya meraka di taman permainan.Amirah terkenang akan memorinya bersama ayahnya di taman permainan itu.Ayahnya,Encik Zakri telah meninggal dunia pada semesta pertama akibat angin akhmar.
     ''Kenapa awak kelihatan sedih?'' tegur Shikah yang memecahkan kesunyian.
     ''Saya tidak apa-apa,Cuma rindu akan ayah saya.'' jawab Amirah.
     ''Awak janganlah terlalu bersedih.Tuhan lebih sayangkan dia.Berdoalah agar ayah awak ditempatkan dengan orang-orang yang baik.Awak juga harus lebih tabah untuk menghadapi ujian ini.Kalau awak ada masalah,saya bersedia untuk menolong''balas Shikah
     ''Baiklah,saya akan ingat nasihat awak tadi'' kata Amirah.
                                                                   ....
     Amirah sedang melayari internert mengunakan komputer riba yang berwarna merah untuk mencari maklumat.Tiba-tiba dia tersedar,akan dirinya yang begitu lemah menghadapi ujian itu.Dia lantas berdoa kepada tuhan yang Maha Esa agar dirinya tabah menghadapi ujianNya.
   

Sunday 9 June 2013

Wonderfull School

esok dah mula sekolah....tak tahu macam mana perasaan ..gembira campur duka..hmmm

MAPOTI

nak tahu siapa antara species orang2 yg anoyying di internet??dengar apa Ryan Higa cakap
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Tkm5K2fu0AI

Tidur Lambat

malam tadi, tengok running man marathon sampai pukul 4:20 pagi, LAMANYA.....memmang mengantuk tapi seronok yalah tgk telatah Lee Kwang Soo, Kin Jong Kok. Yoo Jaesuk dan lain2.

Saturday 8 June 2013