Saturday 12 April 2014

Kisah silam Hafiz - part 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Just nak bercerita jer, sry kalau bosan. PERHATIAN! watak dan kisah dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Cerita ini merupakan daya imaginasi penulis iaitu saya, Izzah Othman


     
      Sebuah majlis kesyukuran sedang berlangsung di rumah besar dan mewah. Penghuninya meraikan kejayaannya bidang perniagaan.Penghuni tersebut bernama Muhammad Hafizul bin Arman.Berumur 31 tahun.Lebih gemar dikenali sebagai Hafiz. Dia merupakan kacukan keturunan inggeris dan melayu. Ibunya bernagsa inggeris manakala ayahnya berbangsa melayu. Walaubagaimapun, dia tinggal berseorang di dalam rumah besar itu.

       Dalam majlis itu, ramai sahabat Hafiz tertanya-tanya, dimanakah ibubapanya? Adakah mereka masih hidup? Khabarnya Hafiz pernah berkahwin dengan seorang perempuan inggeris semasa menetap di Amerika, bernakah? Hafiz hanya memberikan senyuman dan menjemput rakan-rakannya untuk menikmati hidangan yang ada demi mengelak soalan itu.

       Jam sudah menunjukkan 11.30 malam. Majlis itupun sudah berakhir. Akhirnya, Hafiz bebas daripada soalan yang meningatkannya kepada kisah silamnya. Dia pulang ke Malaysia pada tahun lepas pun, bertujuan untuk mengembangkan perniagaannya di tanah kelahirannya sambil melupakan kisah silamnya yang menghantui dirinya ketika menetap di Amerika. 1.00 tengah malam, selepas mengemasakan rumahnya dan menunaikan solat isyak, dia masuk ke biliknya lalu tidur. Walaubagaimanapun, sukar untuk dia tidur kerana asyik teringat akan kisah silamnya.

     Hafiz melihat ke tingkap. Pagi yang tenang dan aman. Tiba-tiba dia terdegar suara tok bilal melaungkan azan subuh. Ketika itu dia sedar, bahawa dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Inilah malam pertama Hafiz gagal untuk tidur. Selepas pulang dari Amerika, dia berjaya melupakan kisah silamnya kerana kesibukannya menguruskan perniagaannya dan tidur dengan nyenyak pada setiap malam. Entah mengapa, malam tadi dia asyik teringat akan kisah silamnya malam tadi. Mungkina kerana persoalan kawanya itu. Kemudian, dia bangkit lalu menunaikan solat subuh.

     Sebenarnya, memmang benar bahawa Hafiz pernah berkahwin secara sah dengan seorang wanita inggeris Malah, mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Hafiz sedar, bahawa dia perlu teruskan kehidupannya dengan baik. Dia juga harus melupakan hal yang berlaku berkaitan dengan ibubapanya ketika dia masih serumah dengan isterinya.Ya, dia harus mara ke hadapan, bukannya tengelam dengan kisah silamnya.Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk Hafiz melupakanya.

      Matahari sudahpun terbit. Tiba-tiba Hafiz teringat bahawa bekas rakan sekolah dan rakan karibnya, Hilmi tinggal berdekatan dengan rumahnya mengikut maklumat yang diperoleh daripada rakan-rakanya yang hadir ke majlis semalam.Dia juga berjaya mendapatkan nombor telefon Hilmi.Facebook? Hafiz tidak mempunyai masa untuk melayari Facebook. Kalau dia dalam talian pun, sukar untuk melihat Hilmi berada dalam talian bersamanya.

       Hafiz mengambil telefon lalu menekan nombor telefon Hilmi. Hafiz berasa lega. Dia berjaya menghubungi Hilmi. Dia mengajak Hilmi untuk berjumpa di sebuah restoran yang agak terkenal dia tempat tinggalnya dan menikmati makan tengah hari di sana. Hilmi pun bersetuju. Agak lama juga mereka berbual dalam talian itu. Lebih-lebih lagi untuk mengingatkan Hilmi tentang dirinya kerana sudah lama tidak berjumpa.
     
      Setibanya  Hafiz  di restoran itu, kelihatan Hilmi telah duduk di tepi tingkap restoran,  lalu menyapanya. Seperti dulu, Hilmi memang suka datang temu janji dengan lebih awal. Ketika di restoran, Masing-masing berbual mengenai kisah silam mereka. Termasuklah kematian isteri Hilmi pada lima tahun lalu akibat kemalangan. Hafiz cuma hanya mampu berasa kasihan bagi pihak kawannya itu. Hafiz juga banyak menceritakan kisah silamnya kepada Hilmi, cuma dia tidak bercerita mengenai rumah tangga dan ibubapanya. Perut sudah kenyang maka pulanglah mereka. Walaubagaimanpun, Hilmi sedar bahawa Hafiz mempunyai rahsia yang terpendam dalam dirinya.





-BERSAMBUNG DI BAHAGIAN 2!!!!!-