Saturday 4 October 2014

Hmmm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
dah lama aku rak tulis blog kan? Sekarang wifi takde. So susah nak tulis blog. Tapi, aku ada download satu apps ni. Blog apps. So, boleh lah aku tulis blog.
sekarang bulan 10. Seram juga lah sebab nak periksa PT3 kan? susah? hmm entahlah? Korang kena hadapi sendiri. Kepada adik F1 dan F2, bersedialah ya.
Aku tak boleh lah taip lama-lama ni. Lain kali aku taip lebih panjang ya!
Follow me if you wanna read more stories about me! see ya!

Sunday 6 July 2014

My Favourite Footballer


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Post kali ni aku nak cerita fasal fifa ni lah...haha. about my fovaourite footballer.belum terlambat lagi bukan?Ok, let the countdown begin!

                    10. Luis Suarez


Kenapa dia? mungkin lah sebab dia hensem. hahah.Dia ni suka buat hal. aku rasa semua tahu kot yg ni, Pemain dari Uruguay ni tengah menerima hukuman sebab mengigit pemain dari Italy. Maybe sebab dia lapar tahap kritikal kot. Dia memang suka buat hal, then mukanya pula muka tak bersalah.. itu yg aku suka dengan dia tu.

9. Wayne Rooney


Pemain dari England ni, memang pro. aku akui. Dia sahaja harapan England. Tanpa dia, maybe England tak de dalam Fifa tahun ni. Pemain England lain hampeh secara jujurnya.

8.  Keisuke Honda


Aku suka dai, maybe sebab dia pemain Jepun yang mewakili Asia.Dia lah pemain pertama yg aku kenal dalam team Jepun. Dia memang pro. Tapi macam biasalah. We need good  teamates.

7. Koo Ja-Cheol


Nama pun dah tahu bukan? Yang dia dari Korea Selantan. Dia kapten.Aku kenal dia pun sebab dia jadi tetamu running man bersama Park Ji Sung. Mula-mlua aku tak tahu dia masuk fifa. Satu hati, tgh tngok highlight ke match. Negara mana lawan korea aku tak ingat. Algeria kot tak silap aku. Dia jaringkan GOL. wahh, terus aku suka dia. Dia hebat rupanya.

6. Lionel Messi


Perrghhhh, dia ni? Gila pro.aku pun terkejut tgk dia main. cara yg susah pun dia boleh gol kan. Jerman kalau nak menang, kena sekat si messi ni. Go Jerman! sekat Messi! BTW , dia ada anak, nama nya Thiago Messi. Comel betul anaknya. Geram aku.

5. Chritiano Ronaldo


kapten pasukan Portugal ni memang hebat. Dia membela palestine tau! Back to the topic, dia kan pemain bola no 1? ( tak silap aku lah), mesti dia pro kan? dia memang hebat. tapi, team arghhh!!!KENAPA USA MASUK 16 TERBAIK BUKAN PORTUGAL?( marah betul aku)

4.Robin Van Persie


Dia kapen pasukan Netherland. hal ni pun baru aku tahu. Dia Islam tau. dia kahwin dengan perempuan morocco. dia pro. Team dia pun pro. Pasukan Belanda memang kuat.

3. Karim Benzema


Dia juga Islam.Dia dari pasukan Perancis. Aku gentar juga bila Jerman lawan Perancis hari tu. Dia hebat tau. Banyak kali dia hampir berjaya menjaringkan gol. nasib baik HAMPIR jer.

2. Thomas Muller


Hensem kan? LOLOLOLOL. Dia dari pasukan Jerman. Dia baru pulih dari kecederaan yang dia dapat time lawan Ghana. Dia penyerang yang hebat tuhh. Jangan main-main.

1. Mesut Ozil


Gambar ni sengaja aku besarkan. dia ni islam tau! dia penyerang tengah team Jerman. YEAH! I LOVE JERMAN. dia ni hensem juga. I LOVE HIM. Doakanlah aku dapat berjumpa dengannya. Tolonglah, nak sangat jumpa dia.

ok , daripada countdown tadi, mesti korang tahu aku sokong pasukan Jerman kan? siapa penyokong Jerman, kita geng.

Follow my blog if wanna read more stories about me

Bye!

Wednesday 7 May 2014

Pusat Sains Negara


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Post kali ni aku nak ceritakan lawatan sekolah ke Pusat Sains negara Pada hari jumaat, 26/4/2014.Sempena Minggu Kerjaya sekolah aku, cikgu treat PRS untuk pergi Pusat Sains Negara. Bayar RM25. Best juga lah. Lah? oh entahlah. baca lah cerita aku.

hmmm....nak mula dari mana ya? oh! kitorang memang enjoy jer lawatan tu. Bertolak dalam pukul 8 ppagi camtu.Bermula dari bas, tak pe yang aku nak cerita. cuma dalam bas, 30 minit lepas bertolak aku tidur!!! tak dapat enjoy permandangan. too bad, ha? ini gambar memory aku dalam bas.


Annoying jugalah time mula2 samapai Pusat Sains Negara. Yelah, mana tidaknya, 1st cakap jgn bawa beg. then baru nak sampai pintu masuk jer, cakap boleh bawa beg.ish geram. penat ulang alik dari bas ke pintu masuk. 


Next, haha laluan berjalan kaki untuk masuk ke kaunter. Jauh uhhh...tp laluan tu kita boleh nampak bagunan Pusat sains negara dengan jelas. Sound good, ha?


walao wei, ramai juga lawatan sekolah time tu.. BTW, tengah ambil gambar bagunan Pusat Sains Negara ni, boleh pula aku sesat. I mean, terkeluar daripada rombongan, get what I mean?

Syukurlah aku jenis yang tenang. Hahaha....aku straight jerr ikut laluan jalan kaki tu, Nasib baik jalan tu tak berliku. kalau tidak sesat dahhh..

Next, PINTU MASUK!!! ok belum sampai kaunter lagi ni.


TIME NI, cikgu edarkan tiket masuk. ADA dalam beg rombongan tu sekarang, time aku tengah taip. Know what? ada baucer diskaun pizza hut PERCUMA dekat tiket tu..bukan pizza yg percuma, tapi baucer tu yang percuma.aku tak guna lagi baucer tu. Entah masih boleh digunakan atau tidak.Tak bebel lagi , jom masuk kaunter.


Masuk melepasi kaunter jer....WAHHHH. ada aqurium. BEST . Pihak dorang ada letak pc berdekatan aquarium tu, untuk pelawat boleh cari maklumat tentang species ikan. SKRIN SENTUH PULAK TU U 
ALL!!!.

Then, Masuk dalam, Korang akan lalui 3 bahagian. Bahagian anign,air, cahaya tak silap aku. Ni , gambar aku tangkap time berada di situ.


Menarik tak benda tu? cantiklah..

Then, nampak harp ni. Harp angin tanpa tali, menarik bunyinya bukan?


Ok then.....terus masuk dalam, MACAM-MACAM ada. Tapi yg palling banyak, benda fasal robot.



Hoho, jalan lagi, kitorang nampak poster ni. Menarik perhatian rombongan TERMASUK cikgu. Ha, nak tahu apa ni? Jeng Jeng Jeng.


OOO YEA, RUMAH HANTU!!! then, kita terus pergi tempat tu, then pekerja tu kata tiket rumah hantu tu lain, arrghhh geram. RM 5!!!!kitorang buat keputusan untuk beredar dari situ.

Well, mestilah kitorang akan teruskan lawatan bukan? kitorang masuk dalam lagi. WOW, fantastic place. Macam- macam alat aku nampak. Ada satu alat tu, macam kapal terbang, tapi kapal terbang berbasikal, AKU NAIK BENDA TU. WOW.susah nak kendalikan. haha. aku menjerit time tu. maaflah, tak de gambar untuk bahagian ni.

Ok,dalam lagi, haha, lebih menarik, jalan punya jalan, nampak alat ni,


NO EDIT, THIS IS REAL. Benda ni memang terapung.Dikawal tanpa disentuh dan tanpa remote control. ramai kalangan lelaki mencubanya. Ni time pekerja ajar cara nak kawalnya.


Bad Photo. sorry for that.

Kat bahagian ni juga, cikgu aku ada singgah di sebuah booths. Entah macam mana nak eja 'booths'.
Booths tu tentang pokok silvea. tak silap aku lah. Pokok mengantikan gula. Bagus untuk kesihatan. Ni gambar cikgu aku tengah membuat pendaftaran tentang apa entah. tak tahu aku.


ada satu lagi gambar dekat bahagian ni. Benda apa ni? aku pun taktahu, aku tak tanya


Berita baiik!!. keluar dari bahagian tu, penolong PRS, ajak aku masuk rumah hantu yang tak jadi tu. huhuhu. RM 5. dia tak belanjalah. kitorang turun ke tempat pembelian tiket tumah hantu tu. sementara tu kitorang main alat yang berdekat di situ.

Then kitorang pergi ke tempat yang lebih dekat di kaunter pembelian tiket itu. Trmpat hampir dekat dengan aquarium tu, Yang tiga bahagian tu. Kitorang main ni kat situ sambil menunggu tiket. Model terjadinya TORNEDO (puting beliung)


.Tiket pun dah dapat, JOM MASUK RUMAH HANTU. Bad news! NO IMAGE . peraturan mengatakan tidak boleh bergambar. Ohh No! tapi memang menarik juga tempat tu. Ramai yg menjerit. Time tunggu giliran masuk pun, dengar ramai yg jerit. Rasanya, aku tahu kenapa dorang jerit. Sebab ada bunyi yang menakutkan. INI KEMUNGKINAN BUKAN KEPASTIAN. sebab time ending rumah hantu tu, aku terjumpa butang. Kertas kat bawah butang tu mengatakan, kalau tekan ia akan mengeluarkan bunyi dan menakutkan orang dalam hantu tu. APA LAGI, AKU TEKANLAH. haha dengar ramai yang jerit. Nasiblah tak bunyi keluar time giliran aku masuk rumah tu.

Habis rumah tu, kitorang un bergegas balik, KECUALI AKU! aku join kawan aku main komputer.haha. then bergegas pergi bas. Nasib bas belum sampai.

Sementara tunggu bas, aku memang nampak rombongan lelaki follow aku kat belakang. Then bila sampai tempat tunggu, pelik aku! ramai yang takde. AKU PERGI TEMPAT YANG TAK BETUL? no, sebab cikgu ada kat situ, dorang yang salah rupanya. aku pun pergilah cari. nasib baik sekejap. Then sementara 'proses' menyuruh pelajar pergi tempat yang betul, aku singgah beli asikrim. LOL, sempat lagi beli aiskrim. On the way pergi tempat yang betul tadi, aiskrim aku jatuh, lalu aku ambilnya cepat-cepat. Aku bersih kan lala makan. MEMBAZIRLAH. sebab aiskrim tu jatuh time scoop baru letak. sayang. RM2.50 tu...then baliklah kesekolah . 12.30 sampai sekolah. Lelaki nak solat Jumaat, biasalah.

Post kali dah habis, ohh tidak! ending post ni, aku sertakan gambar tahun lepas, time aku join pertandongan koir. belum jadi PRS tahun ni. Memory sangat gambar ni.


Follow me if want to read more stories about me, bye-bye!

Saturday 12 April 2014

Kisah silam Hafiz - part 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Just nak bercerita jer, sry kalau bosan. PERHATIAN! watak dan kisah dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Cerita ini merupakan daya imaginasi penulis iaitu saya, Izzah Othman


     
      Sebuah majlis kesyukuran sedang berlangsung di rumah besar dan mewah. Penghuninya meraikan kejayaannya bidang perniagaan.Penghuni tersebut bernama Muhammad Hafizul bin Arman.Berumur 31 tahun.Lebih gemar dikenali sebagai Hafiz. Dia merupakan kacukan keturunan inggeris dan melayu. Ibunya bernagsa inggeris manakala ayahnya berbangsa melayu. Walaubagaimapun, dia tinggal berseorang di dalam rumah besar itu.

       Dalam majlis itu, ramai sahabat Hafiz tertanya-tanya, dimanakah ibubapanya? Adakah mereka masih hidup? Khabarnya Hafiz pernah berkahwin dengan seorang perempuan inggeris semasa menetap di Amerika, bernakah? Hafiz hanya memberikan senyuman dan menjemput rakan-rakannya untuk menikmati hidangan yang ada demi mengelak soalan itu.

       Jam sudah menunjukkan 11.30 malam. Majlis itupun sudah berakhir. Akhirnya, Hafiz bebas daripada soalan yang meningatkannya kepada kisah silamnya. Dia pulang ke Malaysia pada tahun lepas pun, bertujuan untuk mengembangkan perniagaannya di tanah kelahirannya sambil melupakan kisah silamnya yang menghantui dirinya ketika menetap di Amerika. 1.00 tengah malam, selepas mengemasakan rumahnya dan menunaikan solat isyak, dia masuk ke biliknya lalu tidur. Walaubagaimanapun, sukar untuk dia tidur kerana asyik teringat akan kisah silamnya.

     Hafiz melihat ke tingkap. Pagi yang tenang dan aman. Tiba-tiba dia terdegar suara tok bilal melaungkan azan subuh. Ketika itu dia sedar, bahawa dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Inilah malam pertama Hafiz gagal untuk tidur. Selepas pulang dari Amerika, dia berjaya melupakan kisah silamnya kerana kesibukannya menguruskan perniagaannya dan tidur dengan nyenyak pada setiap malam. Entah mengapa, malam tadi dia asyik teringat akan kisah silamnya malam tadi. Mungkina kerana persoalan kawanya itu. Kemudian, dia bangkit lalu menunaikan solat subuh.

     Sebenarnya, memmang benar bahawa Hafiz pernah berkahwin secara sah dengan seorang wanita inggeris Malah, mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Hafiz sedar, bahawa dia perlu teruskan kehidupannya dengan baik. Dia juga harus melupakan hal yang berlaku berkaitan dengan ibubapanya ketika dia masih serumah dengan isterinya.Ya, dia harus mara ke hadapan, bukannya tengelam dengan kisah silamnya.Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk Hafiz melupakanya.

      Matahari sudahpun terbit. Tiba-tiba Hafiz teringat bahawa bekas rakan sekolah dan rakan karibnya, Hilmi tinggal berdekatan dengan rumahnya mengikut maklumat yang diperoleh daripada rakan-rakanya yang hadir ke majlis semalam.Dia juga berjaya mendapatkan nombor telefon Hilmi.Facebook? Hafiz tidak mempunyai masa untuk melayari Facebook. Kalau dia dalam talian pun, sukar untuk melihat Hilmi berada dalam talian bersamanya.

       Hafiz mengambil telefon lalu menekan nombor telefon Hilmi. Hafiz berasa lega. Dia berjaya menghubungi Hilmi. Dia mengajak Hilmi untuk berjumpa di sebuah restoran yang agak terkenal dia tempat tinggalnya dan menikmati makan tengah hari di sana. Hilmi pun bersetuju. Agak lama juga mereka berbual dalam talian itu. Lebih-lebih lagi untuk mengingatkan Hilmi tentang dirinya kerana sudah lama tidak berjumpa.
     
      Setibanya  Hafiz  di restoran itu, kelihatan Hilmi telah duduk di tepi tingkap restoran,  lalu menyapanya. Seperti dulu, Hilmi memang suka datang temu janji dengan lebih awal. Ketika di restoran, Masing-masing berbual mengenai kisah silam mereka. Termasuklah kematian isteri Hilmi pada lima tahun lalu akibat kemalangan. Hafiz cuma hanya mampu berasa kasihan bagi pihak kawannya itu. Hafiz juga banyak menceritakan kisah silamnya kepada Hilmi, cuma dia tidak bercerita mengenai rumah tangga dan ibubapanya. Perut sudah kenyang maka pulanglah mereka. Walaubagaimanpun, Hilmi sedar bahawa Hafiz mempunyai rahsia yang terpendam dalam dirinya.





-BERSAMBUNG DI BAHAGIAN 2!!!!!-

Monday 10 March 2014

My favaorite actor/actress


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Post kali ni aku nak ceritakan tentang top 10 pelakon yang aku suka. tengoklah kalau2 korang kenal dia, tapi aku yakin, korang kurang kenal hampir ke semua mereka ni, kita mulakan ya.!

                                                               10.Raymond Lam


Hensem tak? Kalau di Malaysia kita ada Aaron Aziz, di Hong Kong, mereka ada Raymond Lam. Aku selalu tengok dia berlaku dalam tv. Untuk lihat dia berlakon, lannggan lah astro on demand di saluran 351 dan 361. Cerita apa yang dia berlakon? aku pun tak ingat

9.Shaheizy Sam


Aku benar- benar minat dia. TERBAIK.tapi ada lagi baik lah.Semua tahu dia berlakon dalam cerita sekali lagi, bini-biniku gangster dan lain-lain. Semua cerita lakonan dia aku suka kecuali KONGSI. tak suka cerita tu. Bad ending.

8.Tavia Yeung


AKU SUKA DIA. Dia berlakon dalam cerita Storm in a cacoon sebagai Bing  Bing. Seorang pembuat sutera pada zaman dahulu.  Then, pengurus kilang yang Bing Bing kerja tu mati. Then dia berkerjasama dengan adik pengurus tu Ka Yeung(lelaki) untuk menyiasat punca kematian pengurusnya tu. Banyak lagi cerita lakonan dia sebnarnya. Lagi, The Hipprocite Call II.Dia sebagai pelakon wanita utama.

7. Wong Cho Lam


Dia selalu dapat watak yang lebih kurang bendul tapi kelakar. Dia berlakon dalam ceria The Glided Chopstick sebagai tukang masak diraja yang mulanya hanyalah tukang masak yang disukai ramai kerana rasa ban ikan masin nya sedap. Then berkenalan dengan Putera raja sebab maharaja tu nak makan ban ikan masin. Sebenarnya, aku minat dia sejak cerita super snoops tak silap akulah nama cerita tu. Cerita tu mmg best walaupun mengarut.

6. Wayne Lai


Minat dia. Terutama cerita No regret lakonan dia dengan Sharen Tang. Kisah sebuah percintaan yang dihalang akibat penjajahan Jepun ketika zaman dahulu. Cerita tu Favourite aku!!! kalau boleh nak tengok hari-hari.

5. Kate Tsui

Dia ni, bekas ratu Hong Kong. 2004 tak silap aku. Banyak cerita dia berlakon. Bounty Lady, Season of love, dan banyak lagi .Semuanya best. I LIKE IT. korang patut tengok.

4. Song Jihyo


Aku pernah tengok dia  berlakon. cerita Code Name Jakel. BEST. Aku tontonnya melalui astro best. Korang ada tempah tak cerita tu? aku tempah pun sebab asyik tengk dia dalam running man jer, Nak juga tengok dila dalam filem.

3. Linda Chung


My favaorite actress. Banyak dia berlakon dalam filem. Antaranya ialah Brother Keepers, banyak lagi lah. aku lupa nama cerita dia. Dia juga seorang penyayi Kalau dia dia jer kat tv atau kat product, dalam hatiku aku ni, melompat girang. Oh ya, dia ni duta Bio-essence.

2, Zizan Razak


I LOVE HIM. dari RAJA LAWAK 1 aku minat dia. Aku pasti, ramai yang kenal  dia. watak Zizang dalam  OH MY GANU sangat menarik. Lagi apa ya watak dia yang menarik? banyak lah. Tal [erlu ceritakan?

1. Kenneth Ma


Dia ni? pelakon hebat tau! Dia berlakon dalam triump in the skies II..Dia juga ada berlakon dalam cerita The hippocrite Call. Dia sebagai suami Tavia Yeung. Banyaklah dia berlakon. Nak tengok dia berlakon? Dalam youtube. Senang jer nak cari.

Setakat ni sahaja post aku kali ni. aku pun baru lepas periksa UP1. hahaha! Follow me if want to read more stories about me! bye2!

Monday 3 February 2014

Story Of January


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sudah sekian hampir 2 bulan aku tak tulis blog.WAHHH..rindu jugalah dengan blog aku ni. Sebenarnya aku tak de cerita nak dikongsikan. Jadi, aku rasa baik aku ceritakan apa aku buat pada Januari 2014 ni.

Perkara PERTAMA mestilah 1st sekolah kan? haha! next aku join 1 program ni, yg dianjurkan oleh pihak PIBG sekolah aku. Program kepimpinan diri. Program ini dihadiri oleh Majlis Tertinggi kelab/persatuan , permaianan, rumah sukan dan badan beruniform.seperti pengerusi, setiausaha atau lain-lain . AKU? aku cuma ganti senior aku jer. Dia ada kelas time tu. Biasalah, nak SPM katakan?

Hari itu hari sabtu persamaan 11 januari, pada pukul 8 pagi (lebih kurang lah) start lah program. Dimulai dengan senam robik.Then, makan nasi lemak. Macam mana rasa nasi lemak ni? hmmm....baik korang makan nasi lemak mak aku jerr.Lagi sedap.


Kemudian mulalah program utama kita, iaitu kepmpinan. Kitorang diajar untuk belajar mengisi buku kokurikulum. Itu sebenarnya tugas setiausaha. Pengerusi buat apa? Pengerusi tugasnya untuk mebuat satu aktiviti seperti lawatan. Untuk melaksanakan sesuatu aktiviti, 1st pengerusi buat kertas kerja. Dalam kertas kerja tu, ada maklumat tentang aktiviti seperti tarikh pelaksanaan, bayaran, tempoh, matlamat dan lain-lain. selepas diluluskan oleh pengetua barulah aktiviti tu dilaksanakan.

Ha! yang sebelah kiri tu buku kokurikulum. Sepatutnya diisi dengan pen, tetapi setiausaha aku cakap, tulis dengan pensil dulu, apa-apa hal nanti dia tulis dengan pen. Dan sebelah kanan tu kertas kerja yang informal. Kalau formal mesti dtaip dengan komputer. Btw, aku lupa nak bagitahu, aku gantikan pengerusi dan setiausaha kelab aku. Hebat nukan?(eleh, perasan :P)


Memang riuh jugalah keadaan tu, tapi takdelah riuh sangat. Masih terkawal lagi. Tetapi!!!, perkara yg memalukan aku telah berlaku. Sebelum aku ambil semua gamabar ni, TELEFON AKU HILANG, OMG! yang lebih pelik!!! AKU TAK PERASAN TELEFON HILANG! nasib cikgu aku jumpa. haha! alhamdulilah telefon aku jumpa.ok, ini keadaanprogram tersebut.


ni time tengah program.berlangsung. bawah ni pula time  program hampir tamat.( sorrylah kalau time nya terbaik, tak pasti sebenarya ni ! )


Ok next, mungkin korang teringin nak tengok sekolah aku. ni, aku SATU gambar tentang sekolah aku. sorrylah sikit gambarnya.


Cantikkan mural ni? Mural ni terletak de bilik SPBT sekolah aku. Kududukan mural ni juga berapa di laluan utama  untuk pelajar puteri dari tangga perempuan ke kantin. Tapi kalau pergi perjabat sekolah pun, still nampak mural ni.

Ok, next, aku bagi korang  tengok macam mana kelas aku ni. hehe!


Buruknya ,hai! kosong kan? sedih aku tengok. Tetapi sekoarang, kedudukan meja dan kerusi mungkin berubah.Sekarang aku biar korang tenogk bawah meja aku ni.


Buku tulis, Buku kerja (buku PBS lah) tafsiran al-quran dompet duit syiling, Sekarang, bawah meja aku ada hand santiazer dan kamus bahasa arab. Cakap fasal tafsiran al-quran, aku bukan baca selalu, entah2 dalam bukan januari ni pun aku baca langsung, teruk2! oh, lupa! sekolah aku tak de sesi pagi dan petang. 1 BILIK, 1 KELASLAH. kalau macam SMK, 1 bilik 2 kelas kan? haha ringan sikit beg aku. Buku - buku ni aku cuma bawa balik kalau ada homework. ( ye, ke? bawa pun bukan buat. haha!)

Oh ya, aku asyik lupa jer, ni ha kucing yang ada kat sekolah aku. comel bukan? siap bersantai atas meja pendaftaran lagi.


ok, petang tu, aku balik kampung. ada majlis kesyukuran. time tu sepupu aku baru lepas beranak. jadi bersyukurlah sebab ada anak. haha. tapi bukan sepupu aku buat. Mak saudara aku yg buat.


ni gambar kat papan jer, bukan yg real. Sry lah, gambar dia takde. Nak tengok tak gamabr buaian baby ni?
cantik kan?


ok , cerita di kampung pun dah selesai, Btw, majlis tu bukan sabtu, tapi ahad. hehe. ahad tu, lepas kenduri balik  rumah lah, nak sekolah isnin.

Hmmmm....ini yg paling terbaru. GONG XI FA CAI.haha!. jiran2 jiran aku semuanya orang cina. Jadi dorang sambut lah. malam sebelum tu, dorang pasang tanglung cina. CANTIK.


hmmm.....panjang nya post aku kali ni. Ok , time to say good bye, Follow me if want to read more about me! sebagai akhir post, aku sertakan gambar aku tengah enjoy bersama family dekat oldtown.Btw, oldtown mahal.


oppss, lupa nak betul kan gambar, tak pe kan? bye2!