Wednesday 7 May 2014

Pusat Sains Negara


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Post kali ni aku nak ceritakan lawatan sekolah ke Pusat Sains negara Pada hari jumaat, 26/4/2014.Sempena Minggu Kerjaya sekolah aku, cikgu treat PRS untuk pergi Pusat Sains Negara. Bayar RM25. Best juga lah. Lah? oh entahlah. baca lah cerita aku.

hmmm....nak mula dari mana ya? oh! kitorang memang enjoy jer lawatan tu. Bertolak dalam pukul 8 ppagi camtu.Bermula dari bas, tak pe yang aku nak cerita. cuma dalam bas, 30 minit lepas bertolak aku tidur!!! tak dapat enjoy permandangan. too bad, ha? ini gambar memory aku dalam bas.


Annoying jugalah time mula2 samapai Pusat Sains Negara. Yelah, mana tidaknya, 1st cakap jgn bawa beg. then baru nak sampai pintu masuk jer, cakap boleh bawa beg.ish geram. penat ulang alik dari bas ke pintu masuk. 


Next, haha laluan berjalan kaki untuk masuk ke kaunter. Jauh uhhh...tp laluan tu kita boleh nampak bagunan Pusat sains negara dengan jelas. Sound good, ha?


walao wei, ramai juga lawatan sekolah time tu.. BTW, tengah ambil gambar bagunan Pusat Sains Negara ni, boleh pula aku sesat. I mean, terkeluar daripada rombongan, get what I mean?

Syukurlah aku jenis yang tenang. Hahaha....aku straight jerr ikut laluan jalan kaki tu, Nasib baik jalan tu tak berliku. kalau tidak sesat dahhh..

Next, PINTU MASUK!!! ok belum sampai kaunter lagi ni.


TIME NI, cikgu edarkan tiket masuk. ADA dalam beg rombongan tu sekarang, time aku tengah taip. Know what? ada baucer diskaun pizza hut PERCUMA dekat tiket tu..bukan pizza yg percuma, tapi baucer tu yang percuma.aku tak guna lagi baucer tu. Entah masih boleh digunakan atau tidak.Tak bebel lagi , jom masuk kaunter.


Masuk melepasi kaunter jer....WAHHHH. ada aqurium. BEST . Pihak dorang ada letak pc berdekatan aquarium tu, untuk pelawat boleh cari maklumat tentang species ikan. SKRIN SENTUH PULAK TU U 
ALL!!!.

Then, Masuk dalam, Korang akan lalui 3 bahagian. Bahagian anign,air, cahaya tak silap aku. Ni , gambar aku tangkap time berada di situ.


Menarik tak benda tu? cantiklah..

Then, nampak harp ni. Harp angin tanpa tali, menarik bunyinya bukan?


Ok then.....terus masuk dalam, MACAM-MACAM ada. Tapi yg palling banyak, benda fasal robot.



Hoho, jalan lagi, kitorang nampak poster ni. Menarik perhatian rombongan TERMASUK cikgu. Ha, nak tahu apa ni? Jeng Jeng Jeng.


OOO YEA, RUMAH HANTU!!! then, kita terus pergi tempat tu, then pekerja tu kata tiket rumah hantu tu lain, arrghhh geram. RM 5!!!!kitorang buat keputusan untuk beredar dari situ.

Well, mestilah kitorang akan teruskan lawatan bukan? kitorang masuk dalam lagi. WOW, fantastic place. Macam- macam alat aku nampak. Ada satu alat tu, macam kapal terbang, tapi kapal terbang berbasikal, AKU NAIK BENDA TU. WOW.susah nak kendalikan. haha. aku menjerit time tu. maaflah, tak de gambar untuk bahagian ni.

Ok,dalam lagi, haha, lebih menarik, jalan punya jalan, nampak alat ni,


NO EDIT, THIS IS REAL. Benda ni memang terapung.Dikawal tanpa disentuh dan tanpa remote control. ramai kalangan lelaki mencubanya. Ni time pekerja ajar cara nak kawalnya.


Bad Photo. sorry for that.

Kat bahagian ni juga, cikgu aku ada singgah di sebuah booths. Entah macam mana nak eja 'booths'.
Booths tu tentang pokok silvea. tak silap aku lah. Pokok mengantikan gula. Bagus untuk kesihatan. Ni gambar cikgu aku tengah membuat pendaftaran tentang apa entah. tak tahu aku.


ada satu lagi gambar dekat bahagian ni. Benda apa ni? aku pun taktahu, aku tak tanya


Berita baiik!!. keluar dari bahagian tu, penolong PRS, ajak aku masuk rumah hantu yang tak jadi tu. huhuhu. RM 5. dia tak belanjalah. kitorang turun ke tempat pembelian tiket tumah hantu tu. sementara tu kitorang main alat yang berdekat di situ.

Then kitorang pergi ke tempat yang lebih dekat di kaunter pembelian tiket itu. Trmpat hampir dekat dengan aquarium tu, Yang tiga bahagian tu. Kitorang main ni kat situ sambil menunggu tiket. Model terjadinya TORNEDO (puting beliung)


.Tiket pun dah dapat, JOM MASUK RUMAH HANTU. Bad news! NO IMAGE . peraturan mengatakan tidak boleh bergambar. Ohh No! tapi memang menarik juga tempat tu. Ramai yg menjerit. Time tunggu giliran masuk pun, dengar ramai yg jerit. Rasanya, aku tahu kenapa dorang jerit. Sebab ada bunyi yang menakutkan. INI KEMUNGKINAN BUKAN KEPASTIAN. sebab time ending rumah hantu tu, aku terjumpa butang. Kertas kat bawah butang tu mengatakan, kalau tekan ia akan mengeluarkan bunyi dan menakutkan orang dalam hantu tu. APA LAGI, AKU TEKANLAH. haha dengar ramai yang jerit. Nasiblah tak bunyi keluar time giliran aku masuk rumah tu.

Habis rumah tu, kitorang un bergegas balik, KECUALI AKU! aku join kawan aku main komputer.haha. then bergegas pergi bas. Nasib bas belum sampai.

Sementara tunggu bas, aku memang nampak rombongan lelaki follow aku kat belakang. Then bila sampai tempat tunggu, pelik aku! ramai yang takde. AKU PERGI TEMPAT YANG TAK BETUL? no, sebab cikgu ada kat situ, dorang yang salah rupanya. aku pun pergilah cari. nasib baik sekejap. Then sementara 'proses' menyuruh pelajar pergi tempat yang betul, aku singgah beli asikrim. LOL, sempat lagi beli aiskrim. On the way pergi tempat yang betul tadi, aiskrim aku jatuh, lalu aku ambilnya cepat-cepat. Aku bersih kan lala makan. MEMBAZIRLAH. sebab aiskrim tu jatuh time scoop baru letak. sayang. RM2.50 tu...then baliklah kesekolah . 12.30 sampai sekolah. Lelaki nak solat Jumaat, biasalah.

Post kali dah habis, ohh tidak! ending post ni, aku sertakan gambar tahun lepas, time aku join pertandongan koir. belum jadi PRS tahun ni. Memory sangat gambar ni.


Follow me if want to read more stories about me, bye-bye!