Monday 19 August 2013

Dehidrasi Kulit

Assalamualaikum...

Post kali ni aku nak menceritakan tentang Cara untuk mengelak kulit kering.Maklumat ni dah lama tertampal di peti sejuk aku!haha....baru sekarang aku terfikir nak tulis tentang tu.Mungkin berguna untuk korang.Baiklah,kita mulakan.



1.Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.Jika cuaca benar-benar panas,anda perlu minum lebih dari itu.

2.Makan makanan yang berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.


3.Elakkan makan makan kanji, gula, makanan ringan , makan bergoreng dan kerepek kentang secara berlebihan.
Makan sikit-sikit tahu!!!!



4.Elakkan pengambilan alkohol dan rokok.


5.Elakkan berada di tempat berhawa dingin dalam jangka masa panjang.Ini kerana penyaman udara menyebabkan udara kering.Ia memberi kesan kepada tubuh anda.


6.Basuh muka tidak lebih daripada 2 kali sehari dengan pembersih muka.


7.Cuba mengetahui masalah kulit muka anda. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan kulit.


8.Tekap muka anda dengan tuala bersih secara perlahan-lahan selepas mencuci muka. Elakkan mengosok muka kerana ia meninggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit anda.


Amacam?maklumat ni berguna tak?Kalau korang dah try tips ni nanti komen dekat post ni ya!apa hasilnya.oklah bye-bye!




No comments :

Post a Comment